Muslim pertama menjadi Datuk Bandar London: Tahniah atau takziah?

Untitled

 

Sadiq Khan dilahirkan pada 1970 di London tatkala ibu bapanya baru berhijrah ke UK. Beliau adalah anak ke-5 daripada 7 adik beradik dan bapanya bekerja sebagai pemandu bas. Beliau adalah seorang remaja yang cerdik yang meminati bidang sains dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor gigi.

Kehebatan Sadiq berpidato menyebabnya gurunya mencadangkan agar beliau menjadi seorang peguam. Dengan keputusan akademik yang cemerlang, beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di University of North London. Beliau menjadi seorang peguam yang berjaya dan melibatkan diri secara aktif di bidang politik bersama Parti Buruh.

Sadiq memenangi PRU UK 2008 dan menjadi ahli Parlimen sebelum menjawat jawatan menteri termasuk Menteri Pengengkutan. Baru-baru ini beliau telah terpilih menjadi Dato Bandar untuk Ibu Kota London setelah mengalahkan calon Parti Konservatif, Zac Goldsmith dengan majoriti undi yang besar.

Pendirian Sadiq Khan 

Meskipun ramai di kalangan umat Islam di dunia antarabangsa yang kagum dengan pencapaian Sadiq, pendirian beliau terhadap isu umat Islam dipertikaikan dalam beberapa perkara seperti:

1-Sadiq Khan menyokong LGBT dan mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.
http://www.pinknews.co.uk/2016/01/11/sadiq-khan-londons-record-on-lgbt-hate-crime-is-a-badge-of-shame/

2-Sadiq menyokong keputusan Parlimen Britain untuk keterlibatan ketenteraan Britain untuk menyerang Iraq dan kemudiannya ke atas Libya.
http://www.sadiqkhan.org.uk/commons_vote_on_military_involvement_in_iraq

3-Sadiq menyokong perjuangan hak bangsa Yahudi dan mengiktiraf Negara Israel.
http://jewishnews.timesofisrael.com/sadiq-khan-i-want-to-be-a-muslim-mayor-that-stands-up-for-jewish-rights/

4-Sadiq mempunyai pendirian sebagaimana barat yang lain terhadap isu hijab bagi Muslimah di UK.
http://www.theguardian.com/politics/2016/apr/14/sadiq-khan-question-to-be-asked-about-hijabs-veils-london

Adakah tahniah, takziah, ‘no comment’ atau ‘wait and see’?

Kita doakan yang terbaik…

 

Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Total
0
Shares
4 comments
  1. Agak aneh perwatakan beliau.Keempat-empat perkakara yang beliau sokong menunjukkan beliau bukan Islam yang baik.
    1 Kaum nabi lut 2 Serangan Iraq & Libya? 3 Menyokong Israel? 4 “Perpendirian” Barat?
    Dia perpendirian Zalim & kejam
    Wait & see!!!

  2. Tidak mengejutkan. Pd pandangan saya, tdk mungkin seorg ‘Muslim’ boleh menang sedemikian di negara kafir melainkan kerana beliau ialah seorg yg berpendirian ‘liberal’ yg selari, disukai & diperjuangkan oleh barat.

  3. Ya Allah…Ya Rahman….Ya Rahim…..berilah hidayah dan petunjuk kepada saudaraku Sadiq khan ini………amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts