Negeri Sembilan optimis, usaha kukuhkan institusi Islam

Seremban – Kerajaan Negeri Sembilan optimis dalam usaha mengukuhkan institusi keislaman melalui pelbagai saluran peruntukan termasuk inisiatif  projek pembinaan masjid.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, beliau berhasrat masjid dijadikan sebagai sebuah pusat yang berperanan terutamanya menarik golongan belia untuk datang ke masjid melalui pelbagai penganjuran program.

“Saya mahukan perubahan dalam semua-semua masjid di Negeri Sembilan. Kita mempunyai 306 masjid di Negeri Sembilan. Cuba kita bayangkan jika setiap masjid dapat menarik 10 orang belia untuk menjadi penggerak masjid, semestinya kita sudah ada 3060 belia yang boleh mengajak lebih ramai belia lain untuk beraktiviti di masjid”, katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Penyerahan Projek Membina Masjid Forest Height di Seremban. 

Masjid yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM7.6 juta dengan keluasan 0.5 ekar itu dapat menampung seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Ia dilengkapi dengan ruang solat yang selesa, bilik pengurusan jenazah, pejabat nikah kahwin, pusat kebajikan fakir miskin dan tempat persinggahan musafir.

Masjid Forest Height, seremban merupakan antara enam buah projek pembinaan masjid yang dilaksanakan Kerajaan Negeri Sembilan melalui kelulusan peruntukan tahun 2020.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts