Netizen ajak boikot KK Mart, stoking ada kalimah Allah sangat melampau

BANGI – “Kami tak boleh terima. Ini cara halus ‘test’ sensitiviti umat Islam pada bulan Ramadan.

“Sangat-sangat jahat. Dengan sengaja nak menghina agama Islam dengan letakkan nama Allah di kaki.”

“Kena boikot juga KK Mart. Ini sangat-sangat melampau. Bagaimana boleh terlepas jual? Berani main api, beranikan juga ‘cuba’ memadamkan api.

“Kejadian ini sangat mengguris hati umat Islam. Mana tindakan pihak berkuasa?”

Demikian respon netizen di media sosial meluahkan rasa kecewa dan sedih berhubung isu stoking yang tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway.

Insiden itu tular selepas gambar produk berkenaan dimuat naik pengguna di media sosial sejak 13 Mac lalu.

Meskipun Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart sudah membuat permohonan maaf, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati kerana kesalahan yang dilakukan membabitkan isu agama umat Islam.

“KK Mart mohon maaf kan..tapi boikot tetap perlu dijalankan, ini sebagai pengajaran kepada pihak lain,” tulis Azlan Mohd.

Hafiz Muhamad berkata, begitulah ‘style’ mereka, lakukan sesuatu yang mengguris hati umat Islam, kemudian apabila mendapat bantahan terus buat permohonan maaf.

“Jadi kita patut gunakan kuasa beli kita dengan memboikot sesiapa yang berani menghina agama Islam,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts