NGO Islam pantau rapat langkah kerajaan pelihara Islam, Melayu

 

BANGI – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seluruh negara akan memantau rapat langkah kerajaan dalam memastikan nasib agama Islam serta orang Melayu di negara ini terjaga.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Aminuddin Yahaya berkata, seluruh NGO Islam akan bersama rakyat untuk menegur jika ada sebarang kepincangan yang berlaku di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan itu.

Ini kerana, katanya, terdapat banyak kebimbangan yang ada pada rakyat terutama sekali dalam perjuangan mengangkat kedudukan agama Islam sebagai dasar negara dan usaha memartabatkan perundangan syariah untuk terus diperlihara, dipertahan dan diperjuangkan.

“Komposisi PH dilihat majoriti bukan Melayu dan Islam. Jadi adakah isu Melayu dan Islam akan terus diperkasakan?

“Banyak lagi kebimbangan yang ada; umpamanya sudah ada suara-suara yang menghina Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), desakan menyingkir NGO-NGO Islam dan institusi Islam.

“Bagaimanakah nanti kedudukan UiTM, Mara, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan lain-lain yang berteraskan untuk orang Melayu? Adakah syarat ini akan dilonggarkan dan dibuka kepada bukan Melayu?

“Bagaimana pula nasib kakitangan kerajaan yg diwar-warkankan dikurangkan oleh DAP? Apakah kerajaan baharu ini akan mengambil tindakan atau hanya berdiam diri?,” soalnya.

Pun begitu, beliau tetap mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta gabungan pakatan itu kerana berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

“Kita ucap tahniah kepada PH dan Tun M seeta mendoakan TunM diberi kesihatan yang baik dan dapat mentadbir dengan baik,” katanya.

Pakatan Harapan mengejutkan seluruh negara apabila berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara selama 60 tahun dengan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Mahathir, 92, yang telah menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 dan kini kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts