‘Orang gila’ dalam al-Quran

 

1. Tahukah anda, perkataan “majnun” (gila) disebutkan di dalam al-Quran sebanyak 11 kali. Menariknya semua perkataan ini ditujukan kepada para Rasul oleh kaum mereka yang menganggap seruan Rasul itu adalah seruan “orang gila.”

2. Menurut al-Imam al-Tabari, isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan LGBT terkutuk. Bimbang pula kita kalau hari ini melawan arus kemungkaran LGBT ini, kita pula dikatakan gila. Namun, begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut dahulu, melawan LGBT dipanggil gila. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan, Muassasah al-Risalah, 2000, 23/497).

3. Nabi Nuh dan Nabi Musa dituduh gila kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah Tuhan yang satu (lihat Surah al-Qamar: 9 dan al-Syu’ara: 27). Kalau dahulu tuhan-tuhan mereka adalah berhala yang megah tersergam zahir, hari ini manusia menjadikan nafsu mereka sebagai tuhan, berhala yang terpendam sulit. Mereka meninggalkan arahan Allah dan menyembah dan menuruti nafsu mereka. Benarlah firman Allah:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوَاهُ

“Apakah kamu tidak melihat (wahai Muhammad), mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan?

4. Rasulullah pula dituduh gila atas usaha memperbaiki kehidupan Quraysh yang rosak dari segenap aspek. Memperbaiki system jahiliyyah adalah satu bebanan yang luar biasa. Bagi mengelakkan manusia dari mendekati Muhammad, mereka membunuh imej Baginda (character assassination) dengan menyifatkan Baginda sebagai orang gila, ahli sihir, tukang tilik dan ahli syahir.

5. Pembunuhan karakter ini (character assassination) adalah senjata yang ampuh bagi menjauhkan manusia dari kebenaran. Ia telah lama diguna-pakai oleh musuh Islam sehinggalah hari ini. Fitnah demi fitnah membanjiri media bagi memburukkan imej Islam dalam usaha menentang dakwah.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berusaha memartabatkan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts