Parti Modi ugut campak pelarian Rohingya ke Teluk Bengal

 

NEW DELHI: Ketua parti nasionalis Hindu diketuai Perdana Menteri Narendra Modi mengambil kesempatan melemparkan kecaman peringkat baharu minggu ini terhadap pendatang haram Islam apabila mengugut mencampakkan mereka ke Teluk Bengal ketika pilihan raya bermula Khamis lalu.

Presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) Amit Shah merujuk pendatang haram terbabit sebagai ‘anai-anai’, gambaran digunakan beliau September lalu, sekali gus menarik kecaman daripada kumpulan hak asasi manusia.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) juga mengambil perhatian terhadap kenyataan itu susulan laporan tahunan hak asasi manusia negara terbabit.

“Penyusup seperti anai-anai di bumi Bengal. Kerajaan BJP akan mengambil penyusup satu demi satu dan mencampakkan mereka ke dalam Teluk Bengal,” kata Shah merujuk pendatang haram dari negara majoriti Islam Bangladesh.

Beliau berkata demikian dalam perhimpunan BJP Khamis lalu di negeri timur Bengal Barat ketika pilihan raya selama 39 hari di India bermula.

Shah mengulangi pendirian BJP terhadap pemberian kerakyatan kepada penduduk Hindu, Buddha, Jain dan Sikh dari Bangladesh dan Pakistan.

India sudah berusaha mengusir anggaran 40,000 Muslim Rohingya yang tinggal di negara itu selepas lari dari Myanmar yang majoriti Buddha. India menganggap Rohingya sebagai ancaman keselamatan.

Komen daripada Shah, orang kanan Modi, menarik kritikan daripada parti pembangkang utama Kongres serta kumpulan minoriti.

Di Twitter, sesetengah pengguna menyamakan ucapannya kepada cadangan pembersihan etnik.

“Kenyataan itu adalah serangan langsung terhadap identiti dan integriti negara sebagai sebuah negara sekular,” kata Kerala Christian Forum, kumpulan dari negeri selatan dalam satu kenyataan sambil menuntut Shah memohon maaf.

Jurucakap Kongres, Sanjay Jha berkata, kenyataan Shah adalah cubaan sengaja memecahbelahkan pengundi. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts