PBB gesa gencatan senjata 48 jam setiap minggu di Aleppo

SYRIA-CONFLICT

GENEVA, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya gencatan senjata diadakan selama 48 jam setiap minggu di bandar Aleppo Syria bagi membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada 250,000 orang awam yang menghadapi kebuluran.

Ketua petugas kemanusiaan PBB, Jan Egeland berkata, agensi-agensi bantuan telah bersedia untuk menghantar bekalan untuk menyelamatkan nyawa orang awam di bandar yang dikuasai puak pemberontak itu.

“Konvoi Kemanusiaan dan anggota kemasyarakatan telah bersedia. Kami mempunyai bekalan dan perlu berehat daripada sebarang pertempuran,” katanya kepada pemberita, semalam.

Egeland juga menggesa supaya kedua-dua kuasa memberi tekanan kepada sekutu mereka untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam setiap minggu bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke timur Aleppo.

“Masa terus berjalan,” katanya yang menyifatkan orang awam di bandar tersebut sedang berhadapan dengan kebuluran.

Akses untuk memasuki timur Aleppo terputus pada 7 Julai lalu apabila tentera rejim Bashar Al Assad mengambil alih Castello Road, iaitu laluan bagi menghantar bekalan.

PBB telah mengenal pasti 18 kawasan yang dikepung di Syria yang rata-ratanya dikawal oleh tentera rejim Bashar.- Agensi

Sumber: ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts