PBB undi hantar penyiasat jenayah perang ke Gaza

GENEVA – Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah secara sebulat suara mengundi dalam satu resolusi untuk menghantar satu pasukan penyiasat jenayah perang antarabangsa ke Gaza.

Pasukan penyiasat itu akan ditugaskan untuk menyiasat insiden tembakan oleh pasukan Israel yang mengakibatkan penunjuk perasaan Gaza maut.

Hanya dua daripada 47 anggota majlis, iaitu Amerika Syarikat dan Australia, mengundi menentang resolusi itu, manakala 29 undian menyokong dan 14 berkecuali, termasuk Britain, Switzerland dan Jerman.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley pula membantah keputusan majlis itu dan menyifatkan ia sebagai satu hari yang memalukan untuk hak asasi manusia.

Teks itu berkata, pasukan itu perlu menyiasat semua pelanggaran dan pencerobohan yang dikatakan dalam konteks serangan tentera terhadap protes awam besar-besaran yang bermula pada 30 Mac 2018, termasuk jenayah perang.

Keganasan itu telah meragut lebih daripada 100 nyawa rakyat Gaza, dan beribu-ribu cedera dalam protes yang dilakukan pada hari yang sama kedutaan AS berpindah dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sidang khas PBB itu hanya diadakan selepas enam minggu protes dan pertempuran besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza oleh pelarian Palestin yang menuntut hak untuk kembali ke tempat asal mereka yang mana kini didiami secara haram oleh Israel. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts