Pelajar Muslim bakal hadapi saman $5,000 jika enggan berjabat tangan dengan guru di Switzerland

38b51a0f-bbb2-49d5-9689-6b186663db4b

 

GENEVA, Khamis – Pihak berkuasa pendidikan di Switzerland menetapkan sekiranya pelajar enggan berjabat tangan dengan guru, ibu bapa atau penjaga pelajar boleh didenda sehingga $5,000.

Keputusan itu dibuat selepas sekolah di bandar utara Therwil, berhampiran Basel, bersetuju pada bulan lepas untuk membenarkan dua pelajar lelaki Muslim remaja menolak untuk berjabat tangan dengan guru perempuan mereka atas alasan agama.

Sekolah itu juga telah membuat keputusan bahawa pelajar lelaki tidak akan berjabat tangan dengan guru lelaki juga untuk mengelakkan diskriminasi.

Kejadian itu mencetuskan perdebatan dalam negara kerana pelajar Swiss sering berjabat tangan guru-guru mereka pada awal dan akhir hari persekolahan kerana ia merupakan satu tradisi di negara itu.

“Berjabat tangan apabila berjumpa satu sama lain merupakan sebahagian daripada budaya di Switzerland dan diamalkan di sekolah-sekolah di Therwil. Keputusan sekolah itu tidak mencerminkan kedudukan majlis masyarakat dalam perkara ini,” kata wakil majlis tempatan Therwil.

Jabatan Pelajaran tempatan dalam satu kenyataan semalam pula memaklumkan bahawa pengecualian sekolah itu ditarik balik kerana kepentingan awam berkenaan dengan kesaksamaan antara lelaki dan wanita dan integrasi asing mengatasi kebebasan beragama.

Katanya, guru mempunyai hak untuk menuntut berjabat tangan dan jika pelajar enggan berjabat tangan sekali lagi, sekatan undang-undang akan digunakan.

Tidak lama selepas isu keengganan remaja lelaki untuk berjabat tangan itu, permohonan keluarga mereka untuk kewarganegaraan Swiss yang difailkan pada bulan Januari pula telah ditangguhkan.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/pelajar-muslim-bakal-hadapi-saman-5000-jika-enggan-berjabat-tangan-dengan-guru-di-switzerland/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts