Pelihara kedaulatan negeri Johor, kesucian Islam dan keistimewaan Melayu: Sultan Ibrahim

 

JOHOR BAHRU – Sultan Johor bertitah menasihatkan pihak kerajaan supaya tidak membuang masa dengan banyak bercakap tentang perkara tidak berfaedah, menabur fitnah dan mereka-reka cerita hanya untuk menarik perhatian atau mengelirukan rakyat.

Sebaliknya titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kerajaan perlu tumpu perhatian untuk membantu kehidupan rakyat yang susah dan meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

“Sesungguhnya Kerajaan Johor telah lama wujud dan mempunyai adat dan cara pemerintahan yang tersendiri. Tidak perlu ada pihak luar yang sibuk melompat-lompat tidak tentu arah bercerita tentang siapa yang berkuasa dan bagaimana untuk mentadbir negeri Johor.

“Kedaulatan negeri Johor, kesucian agama Islam dan keistimewaan orang Melayu hendaklah sentiasa dipelihara daripada diganggu-gugat oleh pihak luar yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia.

“Semoga negeri Johor terus maju, makmur dan diberkati,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Dr. Sahruddin Jamal dilantik sebagai Menteri Besar baharu di Istana Bukit Serene di sini pagi ini menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan pada 8 April lalu. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts