Pemergian terindah seorang imam Zohor

 

PEMERGIANNYA amat mudah, tidak semua akan melaluinya dan detik itu saya tidak akan lupakan,” kata seorang daripada jemaah Masjid Imam Muslim, Belimbing Dalam, Alor Gajah selepas Imam Satu masjid itu, Mohamad Hashim Kechik, 78, menghembuskan nafas terakhir ketika menjadi imam solat Zohor, pada Selasa.

Jemaah itu, Syamsul Ab Rahman berkata, ketika itu kira-kira 10 jemaah berada di dalam masjid menunaikan solat kira-kira 1.30 petang.

“Ketika itu imam mahu bangun untuk rakaat keempat namun tiba-tiba dia tidak boleh.

“Imam kemudian beristighfar tiga kali dan memberi salam sebelum beberapa jemaah bergegas mendapatkannya,” katanya.

Menurutnya, imam yang mengalami sesak nafas kemudian dibaringkan oleh jemaah.

“Semuanya berlaku dengan pantas, tidak lama selepas itu nafasnya terhenti,” katanya.

Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Durian Tunggal yang tiba 1.45 petang mengesahkan Mohamad Hashim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts