Pemerkasaan mahasiswa Islam fokus Konvensyen Kebangkitan Ummah

 

KUALA LUMPUR – Isu dan masalah belia serta pemerkasaan hubungan membabitkan golongan mahasiswa Islam di negara ini akan diberi fokus utama menerusi penganjuran Konvensyen Kebangkitan Ummah (KKU) pada 13 Januari ini.

Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahaya berkata, fokus tersebut penting bagi mengenal pasti masalah dan menyatukan golongan mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran.

Beliau menambah, penganjuran konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan itu dapat membincangkan secara keseluruhan agenda orang Melayu serta umat Islam di negara ini.

“Kita mahu semua pihak tanpa mengira latar belakang politik dan ideologi datang pada konvensyen ini dan memberi penyampaian secara telus demi matlamat umat Islam dan orang Melayu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Konvensyen sehari itu bakal berlangsung di Pusat Islam Kuala Lumpur bagi membincangkan enam bidang kritikal iaitu perundangan, pendidikan, ekonomi, dakwah, politik dan sosial. – Utusan 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts