Pemimpin kerajaan perlu bersuara haramkan arak

BANGI – Meskipun kerajaan menafikan mempunyai hubung kait dengan pengeluaran arak jenama tempatan Timah, isu itu bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan.

Terdahulu, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.

“Perusahaan sebegitu (minuman keras) memang wujud dalam negara kita, tetapi bukan kerajaan yang keluarkan minuman itu.

“Bukan usaha kerajaan, tetapi inisiatif pihak lain, tiada pun campur tangan kerajaan dalam perkara ini,” katanya.

Bimbang isu tersebut bakal mengundang mudarat besar, Pemuda gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa kerajaan bertindak tegas.

“Aib bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia memiliki ‘brand’ arak sendiri bahkan menggunakan nama yang sinonim dengan bahasa Melayu.

“Pejuang-pejuang pengharaman arak yang kini di dalam kerajaan perlu bertindak lebih tegas,” katanya menerusi kenyataan.

Difahamkan, isu arak jenama Timah yang dikatakan produk keluaran negara ini dan tular di laman-laman sosial sejak beberapa hari lepas. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts