Pemuda Palestin maut ditembak rejim pengganas Israel

 

TEBING BARAT – Seorang pemuda Palestin maut ditembak oleh askar rejim pengganas Israel ketika pertelingkahan di Tebing Barat, semalam.

Ahmad Salim, 24, ditembak di Jayous, di timur Qalqilyah, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Pemuda itu dihantar ke Hospital Darwish Nazzal selepas cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia tidak berapa lama kemudian, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Ahmad Salim adalah individu keempat dibunuh rejim pengganas Israel tahun ini.

 

 

Tiga lagi mangsa ialah Musab Firas al-Tamimi, 17 tahun dari perkampungan Deir Nitham; Amir Abu Musaed, 16 tahun, ditembak di sempadan Gaza; dan Ali Kaddus, 16 tahun dari Iraq Bureen, sebuah perkampungan kecil di Nablus di Tebing Barat.

Ketegangan di seluruh Palestin tercetus sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember tahun lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts