Pendirian tegas kerajaan isu LGBT dipuji

 

GEORGETOWN: Ketegasan kerajaan yang tidak akan berganjak daripada pendiriannya dalam mengiktiraf golongan lesbian, gay, bisksual dan transeksual (LGBT) adalah tepat dan wajar dipuji.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor berkata hampir keseluruhan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan penganut agama memang bersetuju dan menyokong penuh pendirian tegas kerajaan membabitkan LGBT.

“Semua orang yang waras dan normal memahami keburukan gaya hidup songsang ini yang tidak diragui lagi mampu menggugat kesetabilan negara serta menghancurkan kerukunan hidup rakyat pada masa hadapan.

“Dalam usaha mencari penyelesaian yang tuntas bagi fenomena songsang ini, pelbagai pandangan dan cadangan sudah dikemukakan beberapa pihak termasuk ahli politik, tokoh pendidikan, pakar psilologi, agamawan dan kalangan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan mengenai kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bahawa Malaysia tidak akan berganjak daripada pendiriannya tidak mengiktiraf golongan LGBT.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Salim secara peribadi juga yakin cara paling berkesan bagi menangani masalah itu adalah menerusi pendidikan sama ada formal atau tidak formal.

Katanya, ibu bapa dan pendidik diharap mampu melaksanakan peranan masing-masing bagi mendidik kanak-kanak bermula di peringkat awal berkaitan pembentukan sikap dan pemikiran yang betul mengenai seks.

“Selain itu, perlu didedahkan cara yang normal bagi melayani kehendak naluri manusia supaya tidak berlaku penyelewengan yang tidak diingini.

“Di peringkat pengajian tinggi, mungkin wajar disemak semula kurikulum digunakan dalam memastikan kandungannya tiada elemen negatif yang boleh mempengaruhi minda pelajar atau mendorong mereka ke arah melakukan tindakan menyeleweng daripada lunas agama dan kebaikan nilai moral, ” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Salim berkata, fahaman sesat seperti teori Evolusi ajaran Charls Darwin dan Psycho-analytic oleh Sigmund Freud tidak sepatutnya diajar kepada pelajar kita.

Katanya, jika didapati ada keperluan bagi tujuan akademik misalnya maka ia hendaklah dikemukakan secara kritis dengan menerangkan kepalsuan teori tersebut.

“Kita meminta mana-mana pihak yang menyokong agenda LGBT supaya segera berhenti daripada perjuangan sia-sia mereka dan perlu sedar bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, menjunjung ajaran agama dan nilai akhlak murni.

“Malaysia bukan sebahagian Eropah dan Amerika Syarikat yang mengalami hakisan agama dan akhlak disebabkan latar belakang sejarah tertentu sejak era Renaissance, sedangkan dalam abad pertengahan dahulu masyarakat Eropah begitu berpegang teguh dengan agama dan tradisi mereka,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts