Penduduk Gaza makin terdesak, perlu bantuan segera

RAMALLAH – Pihak Berkuasa Palestin menggesa Sudan menyerahkan semula aset yang didakwa digunakan untuk membantu Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Pegawai kanan Palestin, Hussein al-Sheikh yang rapat dengan Presiden Mahmoud Abbas menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, dana berkenaan diperlukan untuk kegunaan penduduk terutama di Semenanjung Gaza.

“Kami harap Sudan, yang sentiasa menyokong rakyat dan negara mengembalikan semula bantuanyang dijanjikan.

“Ini memandangkan ramai rakyat terkepung dengan tentera Zionis dan memerlukan wang untuk membeli makanan terutama di Gaza,” katanya.

Tindakan rejim pengganas Israel mengepung dan menghukum rakyat Palestin tanpa alasan membuatkan keadaan kini semakin tertekan.

Menurut Biro Statistik Palestin (PCBC), kadar kemiskinan rakyat di Gaza kini mencapai 53 peratus, manakala kemiskinan yang melampau pula kini mencecah 38.8 peratus.

Lebih menyedihkan, kira-kira 68 peratus keluarga di Gaza kini tidak mempunyai makanan yang mencukupi.

Manakala 80 peratus lagi penduduk di situ bergantung sepenuhnya kepada bantuan yang disalurkan. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts