Penduduk Gaza tuntut Mesir buka sempadan Rafah

 

GAZA – Ribuan penduduk Gaza berhimpun mengadakan demonstrasi menuntut pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah.

Rafah adalah pintu masuk yang tinggal untuk rakyat Palestin di Gaza ke dunia luar, selepas Israel mengenakan sekatan, yang dikuatkuasakan juga oleh Mesir sejak satu dekad lalu.

Para penunjuk perasaan berhimpun di hadapan pintu gerbang Rafah, memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa membenarkan pesakit, mahasiswa dan petugas kemanusiaan melalui sempadan itu menuju ke Gaza.

Mereka mahu menamatkan krisis kemanusiaan di wilayah itu, yang sekian lama disekat pengganas Israel.

Malahan, laluan sempadan Rafah dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat Gaza untuk merawat mangsa yang cedera dan risiko dengan kekurangan bekalan ubat-ubatan.

“Kami berkumpul untuk menghantar mesej kepada pihak berkuasa Mesir bahawa perlunya mereka membuka sempadan Rafah untuk kes-kes kemanusiaan dan pesakit kecemasan,” kata seorang pelajar, Mohammad Nabil.

Lebih daripada 30,000 penduduk Palestin berada dalam senarai hitam keluar Gaza di Kementerian Dalam Negeri Palestin. Sementara ribuan lagi menunggu di Mesir untuk kembali ke Semenanjung Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Gaza diserang lagi!

  SEMENANJUNG GAZA – Seorang rakyat Palestin terbunuh, manakala sekurang-kurangnya enam yang lain cedera dalam serangan udara yang…