Pengganas Israel dakwa bom kilang senjata Hamas

 

GAZA – Pesawat perang pengganas Israel mengebom sebuah kilang senjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Semenanjung Gaza tengah malam Khamis, sebagai tindak balas terhadap serangan belon bakar yang didakwa dilancarkan dari kawasan pantai.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa, bahawa tapak kilang itu digunakan Hamas untuk membangunkan dan mengeluarkan senjata. 

“Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan belon bakar ke wilayah Israel. IDF akan bertindak balas terhadap semua cubaan keganasan dari Semenanjung Gaza,” dakwa rejim berkenaan. 

Setakat ini, tiada laporan mengenai korban akibat serangan itu. 

Pada awal Khamis, belon bakar didakwa dilancarkan dari Gaza sehingga menyebabkan kebakaran berhampiran bandar-bandar Israel di sepanjang sempadan selatan. 

Bagaimanapun, sebilangan besar kebakaran itu kecil dan tidak berbahaya, menurut Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

Pada Jun, belon bakar dilancarkan oleh operasi Hamas menyebabkan 20 kebakaran di kawasan komuniti Israel di pinggiran Gaza. 

Tidak sampai sehari, pesawat Angkatan Pertahanan Israel membalas serangan dengan menyasarkan sejumlah serangan di kawasan Hamas di seluruh Semenanjung Gaza. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts