Pengganas Zionis dua kali sasar bunuh ketua Briged al-Qassam

 

BAITULMAQDIS – Rejim pengganas Israel cuba membunuh pemimpin tertinggi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) sebanyak dua kali sejak 10 Mei ketika serangan berterusan ke atas Semenanjung Gaza.

Perkara itu didedahkan media pengganas berkenaan – Times of Israel – yang memetik sumber perisikan rejim. 

Akhbar itu mendakwa, rejim Israel gagal membunuh dua sasaran utamanya iaitu Ketua Briged Ezzeddin al-Qassam, Muhammad Deif namun tidak menyatakan maklumat lanjut.

Menurut akhbar Israel, pembunuhan Muhammad Deif adalah tujuan utama Zionis dalam serangan berterusan ke atas Gaza yang kini sudah meragut lebih 200 nyawa.

Selama lebih 25 tahun, Muhammad Deif dianggap sebagai tokoh tertinggi Palestin yang paling dikehendaki oleh pengganas Israel. 

Beliau terselamat dalam cubaan pembunuhan Israel sebanyak lima kali pada tahun 2001, 2002, 2003, 2006 dan 2014.

Bagaimanapun, pada tahun 2014, isteri dan dua anaknya terbunuh dalam cubaan rejim itu. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
15
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts