Pengiktirafan Baitulmaqdis tidak sah: Erdogan

 

ISTANBUL: Keputusan dibuat pada mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Negara Islam (OIC), minggu depan akan menunjukkan bahawa pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bukan mudah untuk dilaksanakan.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata pihaknya akan menjelaskan kepada interlokutor bahawa keputusan AS tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, diplomasi atau kemanusiaan.

“Kami akan menjelaskan kepada interlokutor (semua pihak yang terbabit dalam perbincangan) bahawa keputusan AS tidak mematuhi undang-undang antarabangsa, diplomasi atau kemanusiaan.

“Dengan pelan tindakan yang akan kami wujudkan ketika mesyuarat OIC, kami akan menunjukkan keputusan itu bukan mudah untuk dilaksanakan,” katanya sambil menambah Turki beranggapan pengumuman Presiden Donald Trump berkaitan Baitulmaqdis tidak sah.

Erdogan berkata demikian dalam satu perhimpunan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di wilayah tengah Turki di Sivas.

Beliau merujuk interlokutor yang dimaksudkan termasuklah Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta Paus Francis.

OIC akan mengadakan mesyuarat tergempar di Turki, 13 Disember ini untuk mengumpul tindak balas terhadap keputusan dibuat AS.

OIC yang diwujudkan pada 1969 terdiri daripada 57 anggota dengan negara majoriti Islam atau populasi besar umat Islam.

Pengumuman Trump juga mengecewakan sekutu AS di Barat.

Dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Perancis, Itali, Jerman, Britain dan Sweden menggesa AS mengemukakan cadangan terperinci satu penyelesaian Israel-Palestin. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts