Pengusaha Valet Doa keterlaluan beri jaminan Allah makbul doa: Timbalan Mufti Perak

 

BANGI – Pengusaha perkhidmatan Valet Doa dinasihatkan supaya menerima teguran mufti dan institusi agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menghentikan operasi perniagaan itu.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim menyifatkan pengiklanan perkhidmatan tersebut yang kononnya memberi jaminan bahawa kiriman doa itu dimakbulkan Allah adalah perkara yang melampau dan keterlaluan.

Tegasnya, umat Islam perlu yakin dengan kualiti diri sendiri untuk berdoa tanpa perlu menggunakan individu atau perkhidmatan lain sebagai perantara.

“Walaupun kita menerima fadhilat berdoa di tempat-tempat tertentu tetapi tidaklah sampai kita dituntut sampai mengupah seseorang untuk berdoa di tempat-tempat berkenaan.

“Dalam hadis-hadis sahih masih banyak cara dan peluang yang Allah beri agar kita guna kesempatan untuk doa kita dimakbulkan khususnya pada waktu-waktu mustajab walaupun di Malaysia antaranya Malam al qadr , ketika waktu sahur (hadis riwayat al Bukhari).

“…… doa selepas solat fardu (hadis riwayat al Tirmizi), doa antara azan dan iqomah (riwayat Abu Daud), ketika hujan turun (riwayat Abu Daud), ada satu ketika yang tidak diketahui pada waktu malam dan hari Jumaat sebagai galakan memperbanyakkan berdoa ( riwayat Imam Bukhari dan Muslim), ketika sujud, mendengar kokokan ayam (riwayat Imam Bukhari dan Muslim ) dan banyak lagi,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Perkhidmatan Valet Doa mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah, kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci.

Perniagaan itu menawarkan perkhidmatan serendah harga RM250 sehingga RM5,000 kepada orang ramai melalui pakej tertentu seperti VVIP serta pakej King Salman.

Bagaimanapun, pengusahanya, Hasrin Harin bertegas untuk meneruskan perkhidmatannya walaupun berdepan kecaman daripada orang ramai dan teguran alim ulama.

Nasrin berkata, khidmatnya itu tidak menyalahi hukum Islam dan ia sama seperti mengambil upah mengerjakan haji. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts