Penjara Gilboa: Jihad Islam bagi amaran jangan aniaya tahanan lolos

BAITULMAQDIS – Gerakan Jihad Islam dan beberapa ahli politik Palestin sepakat memberi amaran keras kepada rejim negara haram Israel untuk tidak melakukan sebarang penganiayaan sehingga boleh membahayakan nyawa dua tahanan yang diberkas semula, semalam.

Gerakan itu menerusi kenyataan menegaskan, Israel perlu bertanggungjawab dengan nyawa Mahmoud Aradeh dan Yakub Kadari yang ditahan di Nazaret.

Kedua-dua tahanan berkenaan ditahan semula selepas orang awam melihat lelaki itu dan melaporkan mereka sebagai individu yang mencurigakan.

Sebelum ini, lima daripada tahanan adalah ahli kumpulan Jihad Islam yang berjaya melarikan diri dari Penjara Gilboa menerusi terowong yang dikorek di bawah sinki di sel.

Jurucakap gerakan berkenaan, Daoud Shebab berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk membalas apa sahaja dilakukan tentera rejim Zionis sekiranya berlaku sebarang kemudaratan kepada tahanan berkenaan.

“Sekiranya berlaku pertumpahan darah terhadap tahanan itu ia seolah-olah seperti pengisytiharan perang kepada rakyat Palestin dan kami akan berjuang habis-habisan.

“Israel kini cuba menggunakan gambar dua tahanan yang berjaya diberkas itu sebagai bukti kemenangan kepada pihaknya, selain mahu mengembalikan imej ketenteraan selepas tercalar berikutan kelemahan pasukan itu,” katanya kepada rangkaian saluran televisyen Lebanese al-Mayadeen.

Dalam masa sama, jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanou memuji tahanan berkenaan sambil berkata penangkapan semula itu tidak sesekali melemahkan semangat perjuangan tahanan tersebut.

“Kesemua tahanan tetap diberikan penghormatan tinggi daripada rakyat Palestin ketika berjaya meloloskan diri.

“Walaupun kini ditahan semula, kami yakin semua yang berlaku tidak mematahkan semangat juang tahanan berkenaan. Mereka semua akan dibebaskan juga pada suatu hari nanti,” katanya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts