Penjarakan fizikal solat Jumaat, fardu di Johor dipendekkan

Johor Bahru: Ketetapan penjarakan fizikal antara jemaah bagi solat Jumaat dan solat lima waktu dikurangkan daripada satu meter kepada setengah meter.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Tosrin Jarvanthi berkata, ketetapan yang berkuat kuasa bermula Jumaat ini, sudah mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Katanya, solat hajat dilaksanakan selepas solat Maghrib setiap hari dan selepas solat Jumaat setiap minggu di masjid juga surau negeri ini bagi memohon kesejahteraan buat negeri serta negara daripada segala musibah.

“Program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah juga ceramah agama ditambah daripada satu jam kepada tidak melebihi dua jam.

“Qunut Nazilah hendaklah dibaca dalam solat Jumaat setiap minggu di seluruh negeri.

“Ahli jawatankuasa pengurusan masjid dan surau perlu terus memastikan jemaah yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SOP itu termasuk memakai pelitup muka, lengkap dua dos vaksin, membawa sejadah berukuran besar dan memastikan tidak bergejala.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts