Penyalahgunaan logo halal adalah satu langkah ke belakang

 

1. SUATU yang bagus pada masyarakat Malaysia adalah mereka sensitif pada isu Halal.

2. Sensitiviti ini amat bagus, dan bertepatan dengan kemampuan Malaysia mengesahkan halal di sepanjang rantaian bekalan (Farm to Fork; F2F).

3. Apabila ada sebuah syarikat menggunakan logo Halal milik pemegang lesen francais luar negara untuk pemasaran di Malaysia, ia seolah mencabar idea F2F Halal Malaysia.

3. Idea F2F bukanlah suatu yang keterlaluan. Ia diamalkan oleh semua badan halal yang berintegriti tinggi.

 

No photo description available.

 

4. Sesetengah komuniti Muslim tidak mampu amalkan Halal F2F disebabkan kekangan sumber seperti kurangnya kuasa undang-undang dan kurangnya bahan mentah bersijil halal. Ini biasa terjadi di negara minoriti muslim. Oleh itu, komuniti Muslim ini berpada dengan ingredients screening sahaja.

5. Ingredient screening sahaja tak akan memberikan gambaran keseluruhan kepada produk halal, kerana tidak memantau pemprosesan, peralatan dan lain-lain elemen yang boleh menyebabkan kepada pencemaran.

6. Negara umat Islam majoriti seperti Malaysia dan Arab Saudi tidak sepatutnya menggunakan pendekatan negara umat Islam minoriti, kerana mereka mempunyai kemampuan yang cukup.

 

 

7. Dalam hal makanan yang bersifat tahsiniyat (bukan darurat dan bukan hajiyat), Muslim Malaysia sewajarnya amalkan pendekatan ketat, iaitu menjauhi semua risiko syubhah. Kaedah Fiqh menyebut, “Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadi luas, dan apabila luas maka ia akan menjadi sempit”.

8. Jika Muslim Malaysia berasa ‘rileks’ dengan ingredient screening saja, maka tidak ada keperluan lagi pada sijil Halal Malaysia. Bukankah ini langkah ke belakang?

9. Dan jika tidak ada tindakan tegas pada cubaan mengelirukan pelanggan, maka tidak ada lagi integriti pada sijil Halal kita. Bukankah ini juga langkah ke belakang?

10. Ini sijil halal kita. Kebanggaan kita. Bukan sijil Halal Jakim, tapi sijil Halal Malaysia.

Ustaz Bilal Jailani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Semut pun ada arahan PKP

  1. PERHATIKAN bagaimana Allah mengabadikan kisah semut yang berusaha menyelamatkan ahli dari ditimpa kebinasaan. Firman Allah: قَالَتْ…