Perampas tanah Palestin! Pendirian Malaysia dalam isu Israel jelas

BANGI – Pendirian Malaysia terhadap isu Israel adalah jelas iaitu ianya sebuah negara haram yang wujud di atas rampasan tanah dan tempat tinggal rakyat Palestin.

Pendirian tersebut sepatutnya dipegang oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, kerana isu keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis jelas melibatkan hak asasi manusia serta pencabulan undang-undang antarabangsa.

Justeru, agak pelik apabila masih ada segelintir pihak bertindak memomokkan pendirian kerajaan yang menyokong Palestin, baru-baru ini.

Pihak berkenaan dilaporkan mempertikaikan pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman yang dilakukan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dengan mengaitkan isu pandemik COVID-19 yang dihadapi negara ini.

Bagaimanapun bagi Ketua Komunikasi dan Multimedia Pertubuhan-Pertubuhan Islam Pembela (PEMBELA), Haji Rashidi Haris, itulah perbezaannya antara orang beriman dengan yang tidak.

Dakwanya, mereka langsung tidak mengerti berkenaan soal ummah dan ukhwah di dalam Islam.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa kesengsaraan diri seorang muslim itu tidak mengurangkan tanggungjawab dan keprihatinan kepada umat Islam yang lain.

“Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga.

“Begitulah apa yang dirasai oleh umat Islam Malaysia susulan daripada serangan ganas lagi zalim yang dilakukan oleh rejim Zionis tatkala umat Islam di Palestin sedang mengerjakan ibadat solat di Masjid al-Aqsa dalam bulan Ramadan yang lepas baru-baru ini,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts