Perintah berkurung gagal tangani COVID-19 di Gaza

 

GAZA– Pihak berkuasa kesihatan Palestin mengesahkan 182 kes jangkitan baharu COVID-19 di Semenanjung Gaza, wilayah yang dikepung, semalam.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kes di wilayah itu meningkat kepada 1,151 dengan sembilan kematian serta 89 kes pulih sepenuhnya. 

Kementerian mengulangi peringatannya supaya penduduk Gaza mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. 

Sebelum ini, pemerintah Gaza iaitu pergerakan Hamas menguatkuasakan perintah berkurung di wilayah itu pada 24 Ogos bagi mengekang penularan wabak pandemik berkenaan.

Pihak berkuasa mengarahkan penduduk Gaza berada di rumah masing-masing, dan memakai topeng muka sekiranya keluar membeli barang keperluan.

Masjid, sekolah dan kebanyakan premis pernigaan juga telah ditutup. –  Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts