Perjuangan Palestin adalah perjuangan pembebasan

  1. Ramai pihak cuba turut serta dalam isu Palestin – Israel ini sejak dari bermulanya Taufan al-Aqsa pada 7 Oktober lepas. Satu perkembangan baik dari satu sudut, tetapi kita membacanya dengan rapat untuk melihat dan menilai apa naratif yang dibawa oleh semua kumpulan.
  2. Beberapa perkara yang ketara berlaku dalam masa dua minggu ini:

i. beberapa negeri tidak menyiarkan khutbah Jumaat yang betul-betul menggerakkan umat untuk terlibat dalam pembebasan Palestin. Bahkan sebahagiannya tidak langsung menjadikan Palestin sebagai tema khutbah kecuali di dalam doa di khutbah kedua sahaja.

ii. kerajaan melalui Perdana Menteri dan beberapa wakil yang lainnya masih melaungkan penyelesaian isu Palestin – Israel kepada formula Two State Solution secara tersurat atau tersirat.

iii. yang terbaru adalah larangan mengangkat gambar Netanyahu, larangan takbir Allahu Akbar dan larangan menaikkan bendera Hamas dalam satu demontrasi yang kononnya untuk Palestin.

  1. Semua ini adalah suatu yang kita sudah jangkakan dari awal. Mengangkat Taufan al-Aqsa sebagai permulaan kepada fasa baru perjuangan Palestin adalah satu yang berat. Akan ada pihak yang akan terus cuba untuk kekal selesa menghadkan isu Palestin – Israel ini kepada lingkungan isu kemanusiaan sahaja. Mengeluarkannya ke fasa baru iaitu gerakerja kebebasan sepenuhnya memerlukan kekuatan jiwa, kekuatan minda dan kekuatan strategi dan rangkaian kerjasama. Ianya berat dan membebankan serta mungkin berisiko.
  2. Ramai akan takut untuk berkawan baik dengan Hm4s mungkin. Ramai akan takut untuk menyatakan sokongan terhadap al-Q@ssm mungkin. Ramai juga yang akan cuba sebaiknya menjaga hati pihak yang menjadi sekutu kepada Israel mungkin.

Tapi tanyalah diri sendiri …. APA PILIHAN KITA?

  1. Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin ditubuhkan untuk membawa perjuangan Palestin – Israel ini ke fasa barunya. Ia bukan lagi isu Palestin – Israel kerana sekarang US dan beberapa negara Barat sudah mengambil alih ‘war room’ dari tangan Israel.

Palestin sekarang ini bukan lagi berdepan dengan Israel tapi sebaliknya terpaksa berdepan dengan US, Britain dan banyak lagi negara lain.

Persoalan yang perlu dijawab oleh umat Islam seluruhnya SIAPA DI BELAKANG PALESTIN UNTUK MENGHADAPI FASA BARU INI?

  1. Kami di Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) dengan ini menyeru kepada mana-mana pertubuhan, tokoh akademik, tokoh masyarakat, aktivis dakwah dan kemanusiaan, pempengaruh dan sesiapa sahaja yang sudi untuk turut serta di dalam usaha dan kempen serta melaksanakan aktiviti ke arah pembebasan Palestin untuk tampil dan bergabung dengan GSPP.
  2. Ini adalah tanggungjawab semua. Palestin adalah amanah dari Umar al-Khattab ra dan Solahudin al-Ayyubi kepada generasi ini.

Wallahul Musta’an

Ustaz Fauzi Asmuni

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts