Perkasa bahasa Melayu perlu menyeluruh, mula dalam negara

BANGI – Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan sekadar retorik politik semata-mata.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sangat menghargai apabila bahasa Melayu diperdengarkan di pentas dunia namun mengharapkan usaha berkenaan bukan ada kepentingan lain.

Katanya, usaha itu juga diharapkan tidak dijadikan sebagai gula-gula politik terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak lama lagi.

“Usaha memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja perlu bercakap di luar negara tetapi usaha ke arah pemerkasaan tersebut perlu bermula dari dalam negara kerana itu adalah cabaran yang lebih kuat dan hebat.

“Kalau kita tengok banyak lagi tempat dalam negara kita ini yang tidak meletakkan keutamaan dalam bahasa Melayu seperti di mahkamah masih lagi menggunakan teks dalam bahasa Inggeris.

“Jadi usaha untuk membudayakan dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu perlu ikhlas dan tidak sebagai mengambil kepentingan dalam majlis tertentu sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net.

Pada 23 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan bahasa Melayu ketika berucap di perhimpunan Agung PBB UNGA ke-77, New York.

Dalam perhimpunan berkenaan, beliau mengenakan busana baju Melayu berwarna hitam lengkap bersongkok dan berucap selama 22 minit.

Mengulas lanjut, Ustaz Muhammad Fauzi berpandangan, usaha pemerkasaan bahasa Melayu masih tidak sampai ke tahap maksimum berikutan tidak dilakukan secara menyeluruh.

“Perkara asas dalam bahasa Melayu adalah pemerkasaan sekolah vernakular, selagi sekolah vernakular ini tidak berubah saya tak yakin beliau mampu memartabatkan bahasa Melayu berikutan sebahagian daripada penduduk Malaysia ini bersekolah di sekolah vernakular.

“Tidak fasih menggunakan bahasa Melayu jadi macam mana mahu memartabatkan bahasa Melayu sekiranya sekolah berkenaan masih dibela dan disuburkan,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan usaha memartabatkan bahasa Melayu yang juga bahasa rasmi negara perlu dilakukan bersungguh-sungguh dengan usaha yang lebih menyeluruh. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Masuk penjara jadi al-hafiz

  MARANG – ​​​​​Hikmah disebalik menjalani hukuman penjara, daripada tidak mengenal huruf dalam al-Quran kini bergelar al-hafiz. Faisal (bukan…