Perluas penempatan haram, Israel ratakan tanah di Baitulmaqdis

 

BAITULMAQDIS– Israel bertindak meratakan kawasan di bandar Abu Dis, Baitulmaqdis yang diduduki pada Selasa.

Ketua Jawatankuasa Pertahanan Abu Dis, Bassam Bahar berkata, tindakan itu dilakukan bagi memperluaskan penempatan haram.

Bercakap kepada pemberita, Bassam berkata, tanah seluas kira-kira 1,500 dunum (1.5 kilometer persegi) itu terletak berhampiran penempatan haram Kedar, yang dibina di atas tanah penduduk Abu Dis. 

Jelasnya, Israel bukan sahaja menghalang pemilik tanah daripada bekerja, malah turut mengharamkan mereka mengambil kembali tanah terbabit. 

Hal ini kerana, tanah berkenaan termasuk dalam rancangan penempatan haram Israel yang dikenali sebagai E1.

Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi lampu hijau bagi memulakan pelaksanaan projek rampasan tanah itu.

Tindakan Netanyahu mendapat kecaman hebat dari masyarakat antarabangsa kerana bakal mengakibatkan Tebing Barat terpisah menjadi dua kawasan. – Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts