Persenda agama Islam seolah normalisasi terancang

BANGI – Semakin hari tindakan individu biadab mempersendakan agama Islam tanpa rasa bersalah semakin menjadi-jadi.

Bermula video ‘prank’ tarik tudung pada awal bulan Julai sehingga ‘stand up comedy’ menanggalkan pakaian oleh seorang wanita Islam, tindakan itu benar-benar membangkitkan kemarahan orang Islam.

Normalisasi seperti ini menimbulkan persoalan sama ada ia sedang dirancang secara halus, kata Ketua Pemudi BERJASA, Azliza Rajiain.

Beliau berkata, jika satu ketika dulu, umat Islam bersatu mempertahankan akidah seorang gadis bernama Natrah, namun pada hari ini umat Islam sendiri yang mempermainkan agama.

“Justeru, Pemudi BERJASA menggesa PBT, agensi-agensi penguatkuasaan mengambil tindakan serius kepada pihak yang terlibat supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat khususnya golongan muda yang terikut-ikut dengan agenda liberal.

“Stesen televisyen serta pemain industri hiburan juga digesa untuk menghentikan produksi hiburan yang tidak mendidik masyarakat.

“Kembalikan jati diri dan maruah penonton anda dengan santapan hiburan yang mendidik akal dan jiwa. Ambillah contoh penerbitan Mat Kilau, yang mencapai sasaran luar biasa. Tak patut malu bawa hiburan macam ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, beliau mengingatkan para pempengaruh media sosial bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik masyarakat terutama anak-anak muda.

“Letakkan diri anda sebagai orang yang bermaruah dengan menghasilkan konten yang bermanfaat kepada anak bangsa,” sarannya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts