Perut lebah dalam Quran

 

1. Dalam al-Quran, Allah membayangkan lebah itu seakan-akan mempunyai beberapa perut yang mengeluarkan madu daripadanya. Perkara ini disebutkan dalam Surah al-Nahlu yang menyebutkan:

يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ

“keluarlah dari dalam perut-perutnya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia” (Surah al-Nahl: 69)

2. Menariknya disini, perkataan perut di datangkan secara plural (banyak) seakan-akan lebah itu mempunyai banyak perut.

3. Kajian moden mendedahkan anatomy lebah yang dikatakan mempunyai lebih dari satu perut. Perut yang pertama (pre-digestive part) dinamakan sebagai “honey stomach” (perut madu) di mana abdomen ini dikatakan tempat lebah menyimpan nectar atau madunya di situ. Manakala perut kedua adalah tempat pemprosesan biasa (digestion).

4. Struktur lebah yang rumit ini disebutkan secara umum dalam Quran memberikan bayangan kepada kita tentang keunikan makhluk ciptaan Allah ini, mengajak kita berfikir tentang kebesaran Allah dan keagungan al-Quran yang tersimpan di dalamnya ribuan ilmu yang perlu diteroka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts