Pesta Halloween besar-besaran,tanda bencana umat akhir zaman

Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Akhir-akhir ini kita melihat pesta Halloween seolah menjadi suatu budaya yang sedang dinormalisasikan. Bukan sahaja di luar negara, bahkan di negara kita sendiri, sudah mula tular di media sosial gambar-gambar anak muda Melayu Islam yang bertudung litup turut menyambut pesta ini. Allahuakbar.

Mengapa pesta Halloween ini tidak boleh disambut oleh orang Islam?

SEJARAH PERAYAAN HALLOWEEN

🔸 Halloween adalah perayaan sebahagian daripada penganut Kristian yang dirayakan setiap kali tibanya 31 Oktober. Bagi mereka ia bertujuan untuk memperingati orang mati termasuk golongan orang suci (saints) dan pejuang-pejuang agama (martyrs) dalam kalangan orang Kristian.

🔸 Halloween berasal daripada istilah All Hallow’s Eve iaitu malam sebelum all hallow yang merujuk kepada malam memperingati golongan suci yang telah mati. Ia juga dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu dan watak-watak mitos yang menakutkan.

🔸 Perayaan Halloween juga asalnya dipengaruhi oleh tradisi pagan kuno, ia berkaitan pesta semaian hasil tanaman (harvest festival) yang dilakukan oleh golongan Samhain dalam kalangan kaum Celtic di Ireland dan Britain. Mereka percaya bahawa pada malam itu roh-roh orang-orang yang mati akan pulang menziarahi keluarga-keluarga mereka yang masih hidup.

🔸 Hari ini, Halloween biasanya dirayakan dengan aktiviti seperti parti pakaian, kanak-kanak berpakaian aneh pergi rumah ke rumah sambil meminta gula-gula, menyalakan unggun api, melawat tempat-tempat berhantu, mengusik orang lain dengan pelbagai permainan (pranks), dan menyampaikan cerita-cerita seram.

Di dalam Islam ia jelas bertentangan dengan nilai-nilai syariah Islam yang sebenar, bagi memperingati orang-orang yang telah meninggal dunia, Islam menganjurkan amalan berdoa dan membaca al-Quran.

HUKUM MENYAMBUT HALLOWEEN

Hukum menyambut perayaan Halloween adalah haram. Ini kerana berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia. Rasulullah SAW juga telah melarang umat Islam menyerupai kaum kafir.

Daripada Rasulullah SAW Ibn Umar r.a.,berkata:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah SAW: sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”.

(HR Abu Daud, hadis hasan)

Berdasarkan hadis di atas, seorang Muslim itu dilarang untuk berkelakuan, meniru gaya atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

SELANGKAH DEMI SELANGKAH MENGIKUTI JEJAK ORANG YAHUDI DAN NASRANI

Renungilah sepotong hadis Nabi Muhammad SAW yang menggambarkan keadaan yang bakal berlaku pada akhir zaman.

Sabda baginda SAW:
لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا: يا رَسُولَ اللّٰهِ، آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قالَ: فَمَنْ.
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu ialah Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?”
(HR Muslim)

*Dhob – biawak padang pasir

Sahabat semua,

Kita amat sedih dan bimbang saat tularnya berita mengenai pesta ini yang disambut di Arab Saudi yang mana ia merupakan sebuah negara Islam. Dan yang cukup merisaukan juga saat melihat anak-anak di negara kita turut terlibat sama merayakannya. 😢

Pesta sebegini bukan sahaja dilarang di sisi syarak kerana menyerupai perayaan orang kafir, tetapi juga kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan pendedahan aurat yang tidak terkawal dalam kalangan mereka yang menyambutnya.

DUHAI PEMIMPIN ISLAM, LAKUKANLAH SESUATU

Tugas sebagai seorang pemimpin amat besar kerana dia memikul amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam. Tanggungjawab ini amat berat dan ia mesti dipikul dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT.

Kesimpulannya, sebagai umat yang cinta akan agama Islam, kita seharusnya MENYATAKAN BANTAHAN DAN KETIDAKSETUJUAN TERHADAP APA-APA JUA ACARA YANG MELIBATKAN MAKSIAT DAN HIBURAN MELAMPAU, bukan sahaja kepada pesta Halloween yang berlaku di Arab Saudi ini.

Semoga Allah SWT sentiasa membimbing para pemimpin Islam agar dapat melaksanakan amanah dengan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan juga, Allah SWT memelihara kita dan seluruh zuriat keturunan daripada segala fitnah akhir zaman.

Sahabat, mari kita bersama amalkan doa ini agar sentiasa ditetapkan di atas jalan agama dan dijauhkan daripada sebarang kemaksiatan. 🤲🏻

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Maksudnya: “Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.”
(HR Muslim, status sahih)

Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.

ASMA’ BINTI HARUN & TIM PENYELIDIKAN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
1
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts