PLO gesa Arab putus hubungan dengan negara iktiraf Baitulmaqdis ibu kota Israel

 

TEBING BARAT – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggesa semua negara Arab memutuskan segala hubungan dengan mana-mana negara yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya ke situ.

Dalam kenyataan akhir selepas mesyuarat Majlis Pusat PLO – badan pembuat keputusan kedua tertinggi Palestin – pertubuhan itu juga tidak lagi mengiktiraf Perjanjian Osla yang dibuat dengan rejim pengganas Israel pada awal 1990-an lalu.

Kenyataan PLO itu juga mencadangkan pengiktirafan negara Israel dibatalkan sehingga Tel Aviv mengiktiraf negara Palestin dan persempadanan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara Palestin.

PLO yang menjadi payung kepada beberapa parti politik Palestin berkata, mereka telah mengarahkan jawatankuasa eksekutif untuk menggantung pengiktirafan terhadap negara Israel sehingga Israel mengiktiraf negara Palestin, menghentikan pencerobohan ke atas Baitulmaqdis Timur dan menghentikan pembukaan penempatan baharu.

“PLO mengkaji menghentikan penyelarasan keselamatan dengan Israel dan menggesa negara Arab memutuskan hubungan dengan mana-mana negara yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis,” kata kenyataan itu.

Tetapi, beberapa parti politik Palestin enggan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan yang dianggap samar-samar itu.

Pemimpin Barisan Pembebasan Popular Palestin, Omar Shehadeh berkata, tiada keputusan jelas mengenai mengakhiri Perjanjian Oslo, membatalkan pengiktirafan negara Israel serta menghentikan penyelarasan keselamatan dan mengarahkan jawatankuasa eksekutif mengambil tindakan akan mengambil masa.

 

 

Mesyuarat di Ramallah itu dibuat bagi menyusun strategi Palestin dalam berdepan keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

PLO juga berkata, pertubuhan itu akan menggunakan jalan lain pada peringkat antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menaja menyelesaikan masalah Palestin.

Selepas mengiktiraf kehadiran Israel pada 1988, PLO kemudian menandatangani Perjanjian Oslo pada 1993 dan persetujuan pembentukan negara Palestin merdeka dengan mewujudkan kerajaan sementara Palestin pada 1995 ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Perjanjian Oslo juga memberi rejim pengganas Israel kuasa penuh mengawal ekonomi Palestin, orang awam dan hal ehwal keselamatan di 60 peratus kawasan di Tebing Barat, dan memperkenalkan penyelarasan keselamatan yang kontroversi antara Tel Aviv dan PA.

PA berkata, penyelesaian konflik lebih 70 tahun itu hanya akan tercapai dengan kewujudan negara Palestin di mana Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Namun, sejak Perjanjian Oslo ditandatangani menyaksikan rejim pengganas Israel terus menceroboh wilayah Palestin dan membuka penempatan baharu.

Terkini, terdapat antara 600,000 hingga 750,000 warga Israel atau 11 peratus daripada populasinya, tinggal di wilayah Palestin yang diceroboh. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa: bit.ly/subuhaqsa

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts