PM Palestin pengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di Gaza

 

SEMENANJUNG GAZA – Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Palestin, Rami Hamdallah mempengerusikan mesyuarat mingguan pertama Kabinetnya di Gaza, hari ini.

Mesyuarat berkenaan sebahagian daripada lawatan delegasi Pihak Berkuasa Palestin (PA) semalam dalam usaha membentuk perpaduan rakyat sekali gus mengakhiri perpecahan selama sedekad antara Fatah dan Hamas.

Hamdallah dan beberapa menteri kerajaan yang lain tiba di ibu pejabat Kabinet semalam, yang juga bekas rumah Presiden Palestin Mahmoud Abbas, sejak ditinggalkan pada 2007 ketika pergerakan Hamas merampas Gaza.

“Kami kembali ke sini untuk memulakan misi dan tanggungjawab memulihkan projek nasional ke arah yang betul dan menubuhkan negeri (Palestin),” katanya dalam ucapan pembukaan mesyuarat itu, hari ini.

Lawatan dan mesyuarat Kabinet berkenaan dipantau oleh beberapa pegawai perisikan Mesir yang turut tiba di Gaza, semalam.

Mesyuarat Kabinet kali pertama sejak 2014 itu antara lain membincangkan langkah selanjutnya ke arah mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk menguasai semula wilayah berkenaan.

Semalam, Hamdallah mengumumkan bahawa beberapa jawatankuasa ditubuhkan untuk menangani pelbagai isu termasuklah lintasan sempadan dan kakitangan PA di Gaza.

Lawatan Hamdallah adalah terkini selepas yang terakhir pada 2015 lalu. Ia susulan daripada rundingan antara Hamas dengan Mesir, yang telah menggesanya mengambil langkah ke arah perdamaian dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Fatah dan Hamas telah berpisah selama sedekad, dengan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts