Polis tumpas sindiket rokok seludup

 

BATU GAJAH – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket menjual rokok seludup selepas menahan tiga lelaki warga Bangladesh dan merampas sejumlah rokok pelbagai jenama bernilai RM18,851 dalam dua serbuan di Bandar Seri Pengkalan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Ahmad Adnan Basri berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 10.30 malam di sebuah kedai runcit di Laluan Seri Pengkalan 1, polis menahan pemilik kedai berusia 46 tahun dan merampas 30 karton rokok pelbagai jenama.

“Polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Laluan 11, terletak berhampiran kedai itu yang, dipercayai disewa dan dijadikan stor penyimpanan bekalan rokok seludup yang lari daripada cukai kastam.

“Dalam serbuan itu, polis menahan dua lagi warga Bangladesh berusia lingkungan 30an dan merampas 1,130 karton rokok,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

 

 

Beliau berkata, pemeriksaan dengan Jabatan Kastam mendapati nilai cukai kastam kesemua rokok yang dirampas berjumlah RM157,407.52.

Ahmad Adnan berkata, siasatan awal mendapati warga Bangladesh itu menggunakan lesen atas nama isterinya warga tempatan berusia 47 tahun bagi menjalankan perniagaan kedai runcit sejak 10 tahun lalu.

Katanya, sindiket tersebut dipercayai aktif kira-kira empat tahun lepas dan rokok seludup berkenaan dijual dengan harga antara RM3.50 dan RM7 sekotak dengan menyasarkan pembeli dalam kalangan warga asing di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat sumber suspek memperolehi bekalan rokok berkenaan.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat menurut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh didenda sehingga RM100,000 atau maksimum lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts