Populariti Trump Menurun Ekoran Kebimbangan Rakyat AS Terhadap Kos Sara Hidup

WASHINGTON, 7 Jamadilawal – Tahap sokongan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Donald Trump dilaporkan menurun dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyamai paras terendah sepanjang tempoh pemerintahannya, apabila semakin ramai tidak berpuas hati dengan cara beliau menangani isu kos sara hidup.

Tinjauan baharu Reuters/Ipsos selama tiga hari yang berakhir Ahad lalu menunjukkan hanya 40 peratus rakyat AS berpuas hati dengan prestasi Trump sebagai Presiden, berbanding 42 peratus dalam tinjauan pada 15–20 Oktober.

Sejak pertengahan Mei, populariti Trump kekal dalam lingkungan satu hingga dua mata peratusan daripada paras semasa, namun peratusan yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya meningkat daripada 52 peratus kepada 57 peratus dalam tinjauan terbaharu.

Trump memenangi pilihan raya lalu dengan janji untuk mengawal inflasi yang dikatakan merosakkan pentadbiran pendahulunya dari Parti Demokrat, Joe Biden. Namun, 63 peratus responden kini tidak bersetuju dengan cara beliau menguruskan kos sara hidup yang meningkat daripada 58 peratus pada awal bulan ini iaitu lebih dua kali ganda daripada mereka yang berpendapat beliau melakukannya dengan baik.

Kadar inflasi sedikit meningkat sejak Trump memegang jawatan pada Januari, sementara pasaran pekerjaan pula semakin perlahan, mendorong bank pusat negara itu menurunkan kadar faedah.

Reaksi awam terhadap penutupan kerajaan sederhana

Tinjauan juga menunjukkan reaksi rakyat terhadap penutupan kerajaan AS yang sedang berlaku agak sederhana iaitu penutupan kedua terpanjang dalam sejarah negara itu, yang memaksa ratusan ribu pekerja persekutuan bercuti tanpa gaji.

Sebanyak 29 peratus responden menyatakan mereka tidak kisah atau berpuas hati dengan penutupan tersebut, 20 peratus marah, dan 50 peratus berasa kecewa. Namun, majoriti menyatakan penutupan kerajaan tidak memberi kesan besar kepada kehidupan mereka.

Walaupun Parti Republikan pimpinan Trump menguasai kedua-dua dewan Kongres, Parti Demokrat terus menyekat rang undang-undang perbelanjaan di Senat, berikrar untuk bertahan sehingga subsidi insurans kesihatan dilanjutkan melepasi akhir tahun ini.

Secara prinsipnya, pendirian Demokrat itu mendapat sokongan besar apabila 73 peratus rakyat AS mahu subsidi tersebut diteruskan meskipun berisiko meningkatkan defisit belanjawan Persekutuan.

Tinjauan dalam talian ini melibatkan 1,018 responden dewasa di seluruh Amerika Syarikat, dengan margin ralat tiga mata peratusan bagi pandangan umum dan enam mata peratusan bagi pandangan pengundi Republikan serta Demokrat.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts