Presiden Gambia isytihar jadi republik negara Islam

12373362_1187371497943611_2842879486612142811_n

 

Presiden Gambia, Yahya Jammeh hari ini mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya.

Negara kecil yang dinamakan sempena satu sungai yang pernah digunakan kapal British membedil meriam bagi meluaskan sempadan negara itu, akan menyertai negara republik Islam lain seperti Iran dan Afghanistan.

“Sejajar dengan nilai dan identiti negara, saya mengisytiharkan Gambia sebagai sebuah negara Islam,” kata Jammeh dalam siaran televisyen di seluruh negara.

“Sempena penduduk majoriti negara ini beragama Islam, Gambia tidak dapat meneruskan lagi legasi sebagai negara kolonial,” katanya.

Penduduk Gambia kini berjumlah 1.8 juta dengan 95 peratus adalah beragama Islam.

Jammeh berkata, penduduk yang menganut agama selain Islam masih bebas meneruskan agama masing-masing.

Jammeh, yang terkenal sebagai seorang pemidato hebat, memiliki reputasi yang tinggi sejak menjadi presiden selama 21 tahun dengan membuat kejutan mengumumkan Gambia keluar dari Komanwel pada 2013.

Pada tahun 2007, beliau mendakwa negara itu menemui ubat herbal untuk mengubati penyakit AIDS.

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/104332

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts