Pulau Pinang fatwa larang umat Islam sertai pertandingan ratu cantik

 

GEORGE TOWN – Umat Islam akan dilarang daripada mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan ratu cantik di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri, Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Oleh kerana kita mempunyai keizinan, fatwa itu akan dibentangkan kepada penasihat undang-undang negeri untuk dijadikan undang-undang negeri. InshaAllah, fatwa tersebut akan berkuatkuasa tidak lama lagi,” katanya.

Wan Salim berkata, tiga fatwa lain masih menunggu persetujuan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Antaranya adalah pengurusan tanah, pengurusan tanah wakaf negeri dan mengharamkan merokok shisha.

Beliau berkata, ketiga-tiga mereka sedang disemak oleh baginda dan keputusan muktamad mengenai perkara itu mungkin mengambil masa beberapa bulan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts