Qatar akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan Hamas

 

GAZA – Duta Qatar ke negara Palestin semalam menegaskan bahawa negara Qatar akan terus membantu rakyat Palestin yang dizalimi khususnya di Gaza.

Mohammed al-Emadi berkata demikian pada sidang media ketika lawatannya ke Gaza baru-baru ini.

“Walaupun terdapat krisis yang berlaku di Qatar, kami akan terus membantu kami rakyat Palestin termasuk projek baru yang akan dimulakan dalam masa terdekat ini”

Beliau yang juga Presiden Qatari Committee for the Reconstruction of Gaza turut menyatakan bahawa Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani memintanya menyampaikan salam kepada rakyat Palestin bahawa Qatar akan terus bersama mereka.

“Kami juga akan terus membantu Hamas kerana mereka adalah lambang kepada rakyat Palestin maka setiap bantuan yang kami berikan pada mereka hakikatnya adalah bantuan kepada rakyat Palestin itu sendiri”

Sejak lima tahun yang lalu, Qatar telah membantu Palestin khususnya Gaza dengan nilai bantuan sebanyak 1.4 billion dollar AS antaranya bantuan dalam pembangunan Hospital, jalan raya serta pelbagai keperluan rakyat Palestin di sana.

Sumber: aqsatv.ps

Terjemahan: http://muis.org.my/2017/07/qatar-akan-terus-berdiri-bersama-rakyat-palestin-dan-hamas/

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts