home Semasa Rakyat Palestin dilarang terima pampasan Israel: Mufti Baitulmaqdis

Rakyat Palestin dilarang terima pampasan Israel: Mufti Baitulmaqdis

 

BAITULMAQDIS – Rakyat Palestin dilarang menerima sebarang bayaran pampasan ke atas tanah yang dirampas rejim pengganas Israel di wilayah itu.

Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammed Hussein menjelaskan, penerimaan wang pampasan ke atas tanah yang dirampas Israel, disifatkan seperti membenarkan penghapusan hak Palestin dan pendudukan Israel di negara berkenaan.

“Palestin adalah tanah wakaf. Oleh itu, ia dilarang untuk menjual mana-mana bahagiannya kepada musuh-musuh, kerana mengikut undang-undang Islam, ia adalah harta umum dan bukan persendirian,” katanya.

Serentak itu, Sheikh Mohammed meminta rakyat Palestin yang ditindas dan kehilangan tanah serta harta mereka supaya terus bersabar dengan tindakan kejam rejim Zionis.

Pada April lalu, Perkhidmatan Perisikan Umum Palestin di Ramallah menangkap kumpulan rangkaian broker yang bertanggungjawab menjual tanah Palestin kepada Israel.

Agensi perisikan itu menggesa rakyat Palestin supaya berhati-hati dengan sebarang kontrak jualan membabitkan pemilikan tanah. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *