Ramasamy berjanji hantar pulang Dr Zakir Naik?

 

DR Zakir Naik tidak layak hidup di Malaysia, malah tidak layak hidup di mana-mana dunia bertamadun,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.

Beliau berkata demikian semasa diwawancara oleh stesen televisyen India, Republic yang disiarkan secara langsung pada 13 Ogos lalu.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff ketika mendedahkan perkara itu berkata, obses Ramasamy terhadap Zakir amat ketara apabila berjanji dengan kerajaan India terus istiqamah melawan, seterusnya menghantar pulang pendakwah antarabangsa itu.

“Soalnya kini ialah wajarkah Ramasamy berjanji kepada pemerintah India melalui stesen televisyen negara itu bahawa beliau akan terus komited melawan dan akan berusaha memulangkan balik Zakir.

“Tidakkah tindakan begini seolah-olah membenarkan dakwaan Zakir bahawa sekurang-kurangnya Ramasamy sendiri adalah lebih setia kepada India berbanding Malaysia?” katanya, hari ini.

 

 

Ramasamy adalah antara pemimpin DAP paling lantang menentang Zakir lebih-lebih lagi selepas pendakwah itu memperoleh status Penduduk Tetap.

Baru-baru ini, Kerajaan mengarahkan supaya pendakwah dari India tidak dibenarkan menyampaikan ceramahnya di seluruh negara bagi meredakan keadaan selepas dibantah oleh banyak pihak selepas tidak berpuas hati kononnya ucapan Zakir menyentuh hal ehwal dalaman Malaysia membabitkan kaum Cina dan India.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Zakir sebelum memohon maaf sambil menegaskan bahawa ucapannya diputar-belit oleh pihak tertentu bertujuan menimbulkan kerisauan banyak pihak.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, status-status Facebook membuktikan bahawa Ramasamy obses sama ada mengutuk Zakir dan penyokongnya.

Katanya, pemimpin DAP itu juga mendesak supaya diambil tindakan ke atas pendakwah terbabit, selain menyatakan kekecewaan kerana tiada tindakan diambil ke atasnya. – Harian Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Pertahankan Zakir Naik hantar Ramasamy ke India itu adalah lebi baik selagi Ramasamy ada di bumi Malayasia ia akan mengganggu keharmoniam Negara. Pilihan terbaik BUANG PENGKHIANAT NEGARA

    1. Setuju…Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang gagal memahami pendirian orang Islam terhadap sesama saudaranya yang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts