Rasulullah mendoakan mereka yang menyampaikan hadis

Daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW bersabda:-
“Sesungguhnya Allah akan memperindahkan seri wajah seseorang yang mendengar perkataanku, lalu dia memahaminya, menghafalnya dan menyampaikan kepada orang lain. Barangkali orang yang memahami hadis tersebut akan menyampaikan kepada orang lain yang lebih faqih (faham) daripadanya. Tiga perkara yang tidak mengkhianati (membersih dan meluruskan) hati seorang Muslim (1) mengikhlaskan amalan kerana Allah (2) saling memberi nasihat kepada para pemimpin kaum Muslimin (3) berpegang teguh kepada jemaah mereka, sesungguhnya doa mereka meliputi (memelihara) dari belakang mereka.”
(Hadis Hasan Sahih – Riwayat Tirmizi)

1. Orang yang menyampaikan hadis daripada Rasulullah akan mendapat doa khusus dari baginda. Kata Al-Khattabi “Lafaz Rasulullah yang menyebut ‘Allah akan memperindahkan’ itu membawa erti bahawa Rasulullah mendoakan mereka yang berdakwah atau menyampaikan hadis dengan keserian wajah dan bercahaya menandakan kenikmatan dan keindahan.”

2. Hadis ini menjadi inspirasi Imam Nawawi untuk mengarang kitab hadis 40 sebagai satu galakan menyampaikan hadis.

3. Hadis ini juga dijadikan dalil kepada kewajipan berdakwah bahawa setiap Muslim berperanan menyampaikan dakwah dalam amar ma’ruf dan nahi mungkar (menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan).

4. Dakwah bukan perlu dilaksanakan oleh para ulama tetapi perlu dilakukan oleh setiap Muslim mengikut keadaan masing-masing contohnya si Ayah perlu menyampaikan dakwah buat keluarganya, seorang pelajar perlu berdakwah kepada rakan-rakannya.

5. Apabila Rasulullah menggalakkan mereka mempelajari dan menyebarkan hadis, tiga sifat akan membantu membentuk hati seseorang iaitu ikhlas, saling mengingati antara satu sama lain dan melazimi jemaah Muslim.

Semoga hadis Rasulullah sampai pada kita dan diberi kefahaman tentang hadis Rasulullah.

========

Sumber : FB Yusre Mize

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
2
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Kaabah dicuci hari ini

  MAKKAH – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid…