Rejim Israel roboh puluhan kediaman Palestin di Tebing Barat

 

RAMALLAH– Rejim negara pengganas Israel merobohkan puluhan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Sumber memaklumkan, rejim memusnahkan penempatan Palestin di wilayah al-Muarrajat, di sebelah timur Ramallah.

“Mereka menghancurkan kami, tidak ada apa yang tinggal kecuali pakaian di belakang kami,” kata Avde al-Kabne, salah seorang rakyat Palestin yang rumahnya musnah.

Bercakap kepada Anadolu Agency, Al-Kabne berkata, serangan baru-baru ini telah menyebabkan kira-kira 25 penduduk Palestin – kebanyakannya kanak-kanak – kehilangan tempat tinggal.

Tentera Israel telah memusnahkan semua yang kami bina dan merampas harta benda kami, katanya.

Undang-undang antarabangsa menganggap Baitulmaqdis Timur bersama seluruh Tebing Barat sebagai ‘wilayah yang diduduki.’ – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts