home Dunia Islam, Semasa Rejim Israel terus bertindak ganas, tangkap 5,426 rakyat Palestin dalam 6 bulan

Rejim Israel terus bertindak ganas, tangkap 5,426 rakyat Palestin dalam 6 bulan

 

RAMALLAH– Rejim pengganas Israel menangkap 5,426 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak sepanjang tempoh separuh pertama tahun ini, menurut NGO Palestin. 

Sebanyak 854 kanak-kanak dan 107 wanita adalah antara yang ditahan sejak awal tahun ini. 

Perkara itu didedahkan dalam satu laporan bersama Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan, Persatuan Tahanan Palestin, Persatuan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Penjara Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh. 

Laporan itu berkata, bulan Mei menyaksikan jumlah penangkapan tertinggi dibuat rejim Israel yang membabitkan 3,100 rakyat Palestin. 

Penangkapan tertinggi dilaporkan berlaku di bandar Baitulmaqdis yang dijajah dengan jumlah penahanan sebanyak 1,699 orang, katanya. 

Laporan itu menyatakan bahawa kebanyakan tahanan yang di berada di Baitulmaqdis dan bandar Arab Israel telah dibebaskan, tetapi tidak memberikan jumlah secara tepat. 

Tangkapan yang dicatatkan pada separuh pertama tahun ini adalah dua kali ganda daripada tempoh sama pada tahun 2020, kata laporan itu. 

Laporan itu menganggarkan 4,850 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel pada 30 Jun, termasuk 41 wanita, 225 tahanan bawah umur. 

Manakala, 540 lagi ditangkap di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel, yang membenarkan penjara tanpa sebarang tuduhan serta perbicaraan.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *