Remaja Palestin buta ditembak pengganas Israel

 

RAMALLAH– Seorang remaja Palestin kehilangan sebelah matanya selepas ditembak dengan peluru keluli bersalut getah oleh pasukan pengganas Israel, di kawasan kejiranan Bab Al Zawiya di Hebron. 

Menurut agensi berita Wafa, Izz Al-Din Nadal, 14, ditembak di mata kanan dan dirawat di sebuah hospital di Hebron sebelum dipindahkan ke Hospital Mata St John of Jerusalem untuk pembedahan. 

Ayah Nadal memberitahu media, anaknya berada di sebuah kedai di Pasar Andalusia bersama sepupu ketika mereka melihat sekumpulan tentera negara haram Israel menembak lelaki yang dilaporkan melempar batu. 

“Kami tidak terlibat, kami berada di kedai dan tiba-tiba salah seorang tentera menembak kami. 

“Sangat jelas, (tentera) menyasarkan tembakan ke arah kami dan terkena mata Nadal,” kata sepupunya. 

Tentera Israel menuduh dua remaja berkenaan kononnya berada di kawasan rusuhan ganas ketika mereka membalas serangan. 

Penganiayaan terhadap kanak-kanak Palestin secara sistematik telah didokumentasikan secara meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Amnesty International mendedahkan pasukan Israel telah menyeksa dan menindas rakyat Palestin yang ditahan termasuk kanak-kanak dengan kaedah memukul, menampar dan ancaman. –  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts