Roket Israel sasar pangkalan luar Hamas

 

SEMENANJUNG GAZA – Tentera Israel meroboh pangkalan luar milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin Hamas, semalam.

Ia susulan rejim itu menuduh pejuang Gaza membedil roket ke arah wilayah Yahudi mereka.

Roket itu menyebabkan siren udara berbunyi di selatan Israel, bagaimanapun difahamkan, bedilan itu tidak sampai ke wilayah Yahudi.

“Bedilan itu mendarat di kawasan Palestin. Namun, sebagai tindak balas, kereta kebal Israel menyasarkan dan memusnahkan pangkalan luar Hamas di selatan Semenanjung Gaza,” kata tentera rejim Zionis.

Tiada pihak yang mengaku melakukan bedilan roket itu. Susulan itu, seperti biasa Israel menuduh Hamas bertanggungjawab atas apa yang berlaku di wilayah itu.

Sementara itu, Pegawai Hamas di Gaza berkata, tiada sebarang kecederaan yang berlaku ketika peluru kereta kebal itu memusnahkan pos pemantauan Hamas.

Pejuang Hamas melaksanakan gencatan senjata dengan Israel sejak perang pada 2014, tetapi kumpulan bersenjata kecil Salafi masih meneruskan bedilan roket ke arah Israel. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts