RUU 355 cegah perkara merosakkan, bukan jadikan Malaysia negara Taliban

BANGI – Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 bertujuan mencegah perkara-perkara kerosakan yang ‘memusnahkan’ masyarakat.

Justeru, undang-undang syariah yang bakal diterapkan sepatutnya dilihat sebagai penyelamat kepada masyarakat, bukan malapetaka kepada masyarakat.

Demikian tegas Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa membidas dakwaan kononnya meluluskan pindaan RUU 355 menjadi permulaan Malaysia berubah menjadi kepada sebuah negara Taliban.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Johan Ariffin Samad didakwa berkata, kelulusan RUU355 itu akan menjadi permulaan kepada sebuah negara Islam dan pelaksanaan undang-undang hudud.

Menyifatkannya tidak masuk akal, Ustaz Syamil menegaskan dakwaan itu tiada bukti dan dalil yang menyokongnya. 

“Namun dalil yang sedia ada di hadapan mata kita adalah undang-undang sekarang ini tidak mampu membendung dan mencegah perkara-perkara yang merosakkan masyarakat ini. 

“Jika dibiarkan tanpa pengenalan RUU 355 ini, kerosakan akan menimpa masyarakat dan negara secara keseluruhannya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dalam pada itu, Ustaz Syamil menegaskan, negara kita adalah negara yang penduduk majoritinya muslim.

Berikutan itu, ia perlu dilihat dengan kaca mata sebagai sebuah negara yang beragama Islam. 

“Undang-undang Islam jika ingin ditegakkan dan dilaksanakan dalam sebuah negara Islam, ia tidak perlu meminta izin orang lain kerana itu memang adalah hak asasi negara ini dan penduduk tanah air ini,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts