Sasar 1,500 kanak-kanak hafaz hingga surah Ad-Dhuha sebelum memasuki Tahun Satu

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Yayasan Pahang hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz Kemas.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat menyempurnakan majlis memorandum berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, program Tabika Pra Tahfiz Kemas bertujuan memperkasakan lagi Modul Penghayatan Pendidikan Islam (PPI), sekali gus melahirkan generasi cilik al-Quran.

“KKDW melalui Kemas mempunyai Modul PPI yang tersedia berfokuskan aspek al-Quran dan ibadah yang dilaksanakan di Tabika Kemas sejak 2017.

“Maka, bertepatanlah pelaksanaan Modul Pra Tahfiz di Tabika Kemas diteruskan hasil penambahbaikan dan kesinambungan dari kurikulum sedia ada dengan memberi nilai tambah kepada aspek al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis MoA Antara Kemas dan Yayasan Pahang Bagi Melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz Kemas di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kampung Seri Batu di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pertukaran memorandum itu menyaksikan kerjasama antara Kemas dan Yayasan Pahang yang mempunyai intipati antaranya membabitkan penggunaan Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang (TTNP), khidmat nasihat dan perakuan sijil kompetensi kepada pengajar.ADVERTISING

Selain itu katanya, intipati lain adalah perakuan sijil tamat modul kepada pelajar Tabika Kemas, penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Kemas-Yayasan Pahang dan penyediaan tenaga pengajar.https://26f0da913c62f78c0ae51a99c2856d6c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html

Ahmad Zahid berkata, kerjasama ini turut membabitkan Yayasan Pinta dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang membantu dalam memberikan latihan kemahiran asas al-Quran seperti tajwid dan mahraj kepada pendidik Tabika Kemas secara berkala di peringkat parlimen atau negeri seluruh Malaysia.

“Serta latihan pedagogi kepada pendidik berkaitan penggunaan Modul Ulul Albab semasa proses pengajaran dan pembelajaran di tabika berdasarkan tiga komponen utama yang menjadi tunjang kepada Program Ulul Albab iaitu Quranik, eksiklopedia dan ijtihadik.

“Selain itu, Program Training of Trainers (ToT) kepada Pendidik Masyarakat Tabika Kemas turut dirangka meliputi Kursus Modul Hafazan bersama Yayasan Pahang, Kursus Dalam Cuti bagi saringan dan kemahiran asas al-Quran bersama Yayasan Pinta dan Kursus Lanjutan Kemahiran al-Quran secara berterusan bersama Yayasan Pinta,” katanya.

Beliau berkata, menjelang 2026, sebanyak 9,500 Pendidik Masyarakat Tabika Kemas akan diberikan pendedahan mengenai Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang oleh Yayasan Pahang dan menerima kursus asas serta lanjutan kemahiran al-Quran oleh Yayasan Pinta.

Beliau berkata, pengisian Modul Pra Tahfiz Kemas merujuk sepenuhnya Modul Hafazan Tadika Tahfiz Negeri Pahang dengan teknik hafazan dan kaedah pembelajaran secara ‘fun learning’.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Modul Pra Tahfiz Tabika Kemas ini juga menyasarkan pembabitan sebanyak sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak yang mampu membaca dan menghafaz sehingga surah Ad-Dhuha serta bersedia memasuki ke Tahun Satu menjelang akhir sesi persekolahan 2023.

“Menjelang 2026, Kemas akan melahirkan huffaz cilik seramai 100,000 kanak-kanak. Insya-Allah,” katanya.- My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts