Usah permainkan Tuhan

 

SEBELUM melelapkan mata malam tadi, saya tersentak dengan berita seorang jutawan kosmetik (lelaki tukar jantina) yang bergambar separuh bogel. Hanya setahun yang lalu media memaparkan beliau mengerjakan umrah bersama keluarganya dengan hijab seorang wanita.

Pagi ini pula, saya terbaca daripada media popular yang menceritakan seorang lagi lelaki (lelaki tukar jantina) yang membelanjakan di antara 1 hingga 2 juta untuk pembedahan plastik agar kelihatan cantik.

Saya tidak tahu bilakah masanya berita-berita sensasi sebegini akan berakhir.

Saya masih teringatkan kisah seorang lelaki (lelaki tukar jantina) di Kuala Terengganu yang mengambil pil berlebihan akibat kemurungan sehingga mengakibatkan kematiannya pada tahun 2012 yang lalu.

Di antara faktor beliau berbuat demikian adalah kerana permohonannya untuk menukar nama beliau kepada nama seorang wanita secara rasmi telah ditolak.

Saya berpandangan bahawa kes-kes sebegini adalah tragedi kepada individu tersebut, keluarga mereka dan masyarakat yang bersimpati dengan ‘kekeliruan’ mereka yang terjebak.

Saya ingin menyarankan agar :

1- Para ibu bapa mendidik anak-anaknya dengan didikan agama sebaik mungkin

2- Ikuti pembesaran dan perkembangan mereka dengan dekat dan membuat tindakan yang sewajarnya seberapa segera.

3- Para guru dan pendidik yang menyaksikan perubahan para pelajarnya juga harus sama membantu memerhatikan ke’ragu’an terhadap permulaan kes-kes sebegini

4- Pihak media tidak seharusnya mempromosikan individu sebegini, apatah lagi produk-produk perniagaan mereka. Usah gunakan berita yang sensasi untuk melariskan jualan akhbar atau pun portal berita

5- Pihak kaunselor dan pihak berkuasa agama mesti bertindak dengan segera dan betul agar dapat merawat mereka yang terbabit dan tidak dipermainkan oleh mereka yang berkepentingan.

6- Pihak berkuasa mesti mengenakan tindakan undang-undang kepada individu yang telah terbukti mempermainkan undang-undang negara, bahkan mempermainkan undang-undang Tuhan.

7- Pimpinan politik terutamanya kerajaan mesti cakna mengenai masalah yang serius ini dan bersedia membuat tindakan yang sewajarnya seberapa segera.

8- Bersama kita doakan agar mereka mendapat hidayat Allah, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

9- Bersama kita bermunajat agar anak-anak kita dan masyarakat sekeliling agar dijauhi daripada fitnah ini.

10- Mari bersama kita kembali ke jalan yang fitrah berpandukan al-Quran (petunjuk Ilahi) dalam setiap aspek kehidupan seharian sama ada dalam ehwal peribadi, mahu pun bersifat urusan kenegaraan.

Usah permainkan undang-undang Tuhan !

PROF DR ZAINUR RASHID ZAINUDDIN

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts