Seluruh dunia perlu bersatu kecam pengiktirafan Amerika: Hamas

 

PENGISYTIHARAN Presiden Amerika Syarikat yang mengangkat Jerusalem sebagai modal ‘Israel’ akan memberikan kesan yang sangat teruk kepada Palestin, dunia Arab dan arena Islam.

Pengiktirafan ini merupakan tidak sah dan dilaksanakan tanpa sebarang perbincangan yang telah melanggar Undang-undang dan resolusi antarabangsa dan melanggar kesucian kota Jerusalem. Seluruh rakyat Palestin, Arab dan muslim menolak keputusan ini.

Baitul Maqdis merupakan bandar suci bagi muslim dan kristian dan merupakan ibu kota Palestin. Selamanya akan menjadi kiblat pertama umat islam dan masjid ketiga suci bagi umat Islam sepertimana yang disebut dalam Al Quran ia akan kekal menjadi milik Palestin, Arab dan bandar Islam.

Kami, Hamas menyeru semua bangsa Arab dan umat Islam serta seluruh dunia agar bersatu dan mengecam pengiktirafan ini dan menzahirkan sokongan kepada rakyat palestin yang sentiasa berjuang dalam membebaskan tanah air mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara mereka.

Tindakan Amerika ini merupakan peringatan kepada seluruh bangsa Arab dan pemimpin-pemimpin muslim di dunia untuk bangkit dan mengetahui musuh mereka yang sebenar-benarnya ialah penjajah Zionis. Segala usaha dan cara seharusnya tertumpu kepada penyingkiran penjajah untuk membebaskan Palestin serta mengembalikan pelarian Palestin ke tanah air mereka.

Dr. Maher Salah
Ketua Hamas di Diaspora

Sumber: Aman Palestin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts